Projek Qurban Uganda

"Uganda, DIAganda, Berganda-ganda"

PENGENALAN

Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD) adalah pertubuhan belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) dengan nombor pendaftaran PPBM 6353/10.

GPTD aktif dalam mengukuhkan pembangunan modal insan melalui aktiviti kajian tokoh, jejak warisan– budaya, kesukarelawanan dan khidmat sosial di Malaysia dan persada antarabangsa.

Program qurban ini mensasarkan pengagihan daging Qurban dan Akikah kepada umat Islam yang memerlukan di sekitar Uganda.

Perbincangan tentang pelaksanaan Qurban di Uganda 1440 H/2019 telah diadakan pada 7 Disember 2018

RAKAN KERJASAMA

GPTD akan melaksanakan ibadah Qurban dan Akikah bagi tahun 2022/1443H ini dengan kerjasama pihak Yayasan Muslim Amien Alameen, Uganda.

Sesi pertemuan dan persetujuan bersama wakil Amien Alameen telah diadakan bagi menyelaraskan projek ini agar berjalan dengan lancar.

 Ini adalah projek tahun kelima yang dijalankan GPTD di Uganda.

Gambar bersama Dr. Miiro Farooq, Pengarah Yayasan Muslim Amien Alameen juga pensyarah di Islamic University in Uganda (IUIU)

LOKASI

45000000
Populasi Rakyat Uganda
6000000
Muslim di Uganda

Sejak wabak covid-19 melanda dunia Uganda juga terkesan. Aktiviti harian tidak lagi dapat dijalankan seperti biasa. Makanan juga tidak diperolehi seperti hari-hari biasa tanpa covid-19.

Justeru, kami berharap penyertaan dan sokongan daripada anda semua akan dapat menjayakan usaha murni ini.

Laporan Qurban & Akikah 2021

0
Bahagian Lembu Qurban
0
Ekor Kambing Qurban
0
Ekor Kambing Akikah

Daging qurban dan akikah telah diagihkan kepada lebih 400 saudara Muslim kita di sana.

Galeri Gambar Qurban Akikah 2019-2022

PROJEK NASKHAH AL-QURAN

Disamping itu juga GPTD sedang menjalankan projek Naskhah Al-Quran untuk Uganda. Masih ramai lagi muslim di sana yang belum memilki Al-Quran sendiri. Adakalanya mereka berkongsi sesama mereka. Peluang bagi anda untuk melihat mereka memilki Al-Quran sendiri dan menjadi saham kita setiap kali mereka memabca dan mengamalkan Al-Quran tersebut. Sumbangan anda sebanyak RM30 senaskhah Al-Quran akan hantar dan dibelikan Al-Quran di sana terus diedar kepada mereka yang memerlukan.

Penyertaan setakat ini

Qurban Lembu (70 bahagian)
0%
Qurban Kambing (20 ekor)
0%
Akikah Kambing (15 ekor)
0%
poster Onpay 2023

Untuk menyertai program qurban atau akikah sila isikan butiran borang di bawah

*PERHATIAN

Sila masukkan nama peserta qurban/akikah di ruangan “Nama Peserta” di bawah jika anda memilih lebih dari 1 bahagian qurban/akikah.

Tarikh Tutup Penyertaan: 23 Jun 2023, 5.00 petang

Translate »